Sunday, April 25, 2010

Lawatan Menteri

Ahad 18 April - Lawatan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Y. B. Dato' SriIsmail Sabri bin Yaakob, ke Pasar Peladang KKB hari ini telah memeriahkan suasana dalam pasar. Lawatan yang tidak diduga ini memberi peluang kepada peniaga dan pengunjung di Tapak Pasar Peladang untuk beramah mesra dengan menteri berkenaan sambil semakan harga barang jualan turut dijalankan oleh pegawai-pegawai dari kementerian berkenaan. Ini adalah untuk menjamin harga barangan tidak dinaikkan sesuka hati sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April nanti. YB Menteri telah sempat meninjau semua tapak jualan sambil mendapatkan maklum balas dari peniaga jika ada masalah yang dihadapi. Terdahulu daripada itu, Pasar Peladang telah menerima sumbangan 'giant canopy' untuk keselesaan peniaga di tapak pasar peladang KKB daripada Kementerian Pertanian.

No comments: