Friday, July 16, 2010

Mesyuarat JK kali ke 2

Mesyuarat jawatankuasa UPKKKBsedang berlangsung di pejabat UPKKKB bermula 3 petang. Mesyuarat dihadiri oleh 8 orang JK termasuk Pemeriksa Kira-kira. Resolusi mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Pelaporan perkembangan kebun - sedang membesar dengan baik, kerja-kerja meracung dan membaja akan dibuat sebelum bulan Ramadhan
2. Pelaporan Peladang Nita - mesyuarat pada 12/7/2010 bercadang menjual barang makanan kering dan ingin tahu status permit untuk berniaga pada bulan Ramadhan - menggunakan permit yang sedia ada.
2. Penyusunan tapak dan tugas pemantauan Pasar Ramadhan di Tapak Pasar Peladang-
berjumlah 47 tapak dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.Kepada ingin berniaga masih ada kekosongan 14 lot untuk ditempah. Semua urusan tempahan bolehlah bertemu dengan Penyelia Tapak Pasar Peladang. Sewa tapak untuk tahun 2010 ialah RM150.00 dan taklimat kepada peniaga akan diadakan pada 2 Ogos 2010 jam 3 petang.
3. Pelaporan kerja ubah suai tapak pasar peladang - kerja-kerja masih belum selesai. Pada sekilas pandang mutu kerja amat tidak memuaskan. Lantai bersimen telah menimbulkan masalah debu dan spek kerja tidak dinyatakan. Satu email telah dikirimkan kepada Menteri Pertanian.
4. Sumbangan more kepada 8 buah surau RM80.00 sebuah surau dalam bulan Ramadhan 1431H
5. Hal-hal lain yang berkaitan pengurusan UPK KKB.
- Jamuan Hari Raya 26 September di rumah Ketua Unit
6. Kedudukan kewangan UPKKKK masih stabil. Berbanding baki terkumpul pada bulan Mac sudah ada penambahan RM1067.79 menjadikan jumlah 106211.43

No comments: