Friday, October 8, 2010

Mesyuarat JK Kali ke 3

Mesyuarat JK kali ketiga telah diadakan pada hari Jumaat 8 Oktober 2010 bermula 3.00 petang. perkara-perkara yang diputuskan dalam mesyuarat ini termasuklah :
1. Ketua Unit Tn Hj Soin bin Hj Harun telah meletak jawatan mulai esok kerana kesal dengan perubahan yang dibuat tidak mengikut kehendak UPKKKB. Keadaan amat mengecewakan semua pihak. Setelah memegang jawatan sejak 1975, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk melepaskan urusan UPK kepada Timbalan Ketua Unit. Banyak perkara kebelakangan ini menghiris perasaan beliau terutama terhadap peniaga-peniaga dan tapak pasar selepas kerja-kerja pengubahsuaian yang dijanjikan oleh Pak Menteri semasa PRK094 lalu.
2. Laporan LADANGNITA - telah menghadiri kursus anjuran PPK di INTKEMA Shah Alam. Gerai niaga di pasar peladang masih dijalankan.
3. Laporan Kebun Getah - tinggal diracun, pokok sudah besar, jalan telah diturap tetapi tidak memuaskan hati.
4. Pasar Peladang -
i. 5 orang peniaga telah minta keluar dari tapak pasar. Tapak-tapak kosong boleh disewa kepada sesiapa yang berminat.
ii. Keadaan pasar peladang yang sangat tidak memuaskan dibuat oleh kontraktor peruntukan RM100K apabila hari hujan. Kontraktor telah bertukar 3 kali tetapi kerja sangat mengecewakan.
iii. lantai bersimen sangat mengotorkan keadaan.. buktinya debu2 telah melekat pada kipas2 angin.. cadangan lantai ditarkan tidak mendapat perhatian.UPK terpaksa mengeluarkan RM30K untuk membaiki keadaan.
5. Ppokok besar tepi jalan telah diminta ditebang tetapi MDHS hanya menebas dahan-dahan. Daun pokok besar menyebabkan salur tersumbat dan akar merosakkan longkang.
6. Oleh kerana keadaan pasar peladang telah banyak diubah, sewa mungkin akan dinaikkan sedikit untuk menampung kos pembiayaan - letrik & air yang dijangka akan naik melanbung. Keputusan mesyuarat menaikkan sewa dari RM3 kepada RM4 (ahli) dan RM5 (bukan ahli) Kepada gerai berbumbung - makanan RM 80, gerai ikan RM100.00
6. Perjumpaan dengan peniaga akan diadakan pada 17 Oktober 2010 (Ahad) jam 11.30 pagi
7. Rumusan mesyuarat - sebulat suara merayu Ketua Unit agar menarik balik perletakan jawatan sehingga mesyuarat agung.

No comments: