Tuesday, July 10, 2012

Taklimat kepada peniaga pasar Ramadhan

Selasa, 10.07.12 - Satu taklimat kepada peniaga pasar ramadhan yang berjaya telah diadakan petang tadi oleh Ketua Unit UPK KKB, Tn Hj Soin bin Hj Harun. Turut hadir ahli jawatankuasa UPK KKB dan wakil daripada PPK Hulu Selangor. Majlis bermula jam 3.30 ptg dan berakhir sebelum 4 ptg. Tiada perkara berbangkit kerana hampir semuanya adalah peniaga-peniaga lama. Turut ditekankan dalam taklimat ini ialah perlunya peniaga menjaga kebersihan pasar peladang sebelum meninggalkan tapak niaga pada setiap malam. Peniaga yang gagal mematuhi syarat ini tidak akan dibenarkan berniaga pada tahun depan.

No comments: