Tuesday, December 25, 2012

Mesyuarat JK akhir 2012

Rabu, 26.12.12 - Mesyuarat JK kali akhir tahun 2012 berlangsung di Bilik Gerakan Pasar Peladang KKB. Kehadiran JK adalah 100%. Antara yang diputuskan dalam mesyuarat ini...
1. Wakil PPK memaklumkan beberapa perkara termasuk - lawatan ke Vietnam oleh 20 orang peserta pada 29 Nov-2Dis 2012, MOA akan mengadakan majlis bersama rakyat dlm bulan Januari/Feb 2013, Mesy Agung UPK perlu diadakan dalam bulan Mac 2013 dan bayaran dividen mungkin kekal 10%.
2. Peniaga Pasar Peladang seramai 31 orang ahli PPK... bukan ahli PPK 17 orang - hanya 7 orang menjadi ahli peniaga-penaiga kecil - maklumat diperolehi melalui borang kaji selidik yang diedarkan pada sesi taklimat tempoh hari.
3. Kajian turut dibuat oleh Ketua Unit terhadap peniaga makanan yang telah melanggari perjanjian -tidak ada peniaga pada satu-satu masa. Tindakan perlu diambil - selaraskan harga jualan, tetapkan jadual hari berniaga, maklumkan kepada Penyelia Pasar jika ada perubahan.
2. Cadangan lawatan ke Vietnam dalam tahun 2013- meninjau pembangunan pertanian di sana - terbuka kepada semua AJK & pasangan serta peniaga Pasar Peladang.

No comments: