Friday, March 28, 2014

Mesyuarat Jk Pertama 2014

Jumaat, 28.03.14  - Mesyuarat JK kali pertama telah berlangsung pada tarikh ini dengan kehadiran penuh. Ketua Unit mengucapkan tahniah kepada jk lama yang dilantik semula dan juga kepada yang baru dilantik dalam mesyuarat agung lalu. Mesyuarat membincangkan isu jualan kuih yang tidak mengikut saiz sepatutnya dengan harga dinaikkan. Keputusan mesyuarat kuih dijual pada harga 3@rm1.00 bagi mengekalkan identiti pasar peladang di kalangan warga KKB. Perkara dibincang seterusnya ialah naiktaraf pasar peladang kkb yang bakal menjadi model kepada ppk seluruh negara. Bito peladangnita melaporkan jk telah dibentuk & perancangan aktiviti tahun 2014 spt bengkel jahitan, jualan di tapak pasar dan lawatan ke IKS. Projek kuah rojak peladangnita akan di kaji semula. Ketua Unit turut membentangkan perancangan 2014 untuk memiliki rumah kedai daripada membeli tanah baru untuk diterokai.

No comments: