Friday, July 25, 2008

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Mesyuarat Agung Tahunan UPK KKB telah berlangsung dalam keadaan yang tenang lagi dingin. Mesyuarat diadakan pada hari Ahad bertarikh 30 Mac 2008. Mesyuarat telah dirasmikan oleh wakil Jemaah Lembaga Pengarah PPK Hulu Selangor, Tn Hj Zanhuri bin Mohd Ali. Perlantikan AJK UPK KKB telah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Hampir semua JK lama dikekalkan dan ahli yang tidak hadir terpaksa diganti dengan pemilihan ahli JK baru. Majlis mesyuarat diserikan lagi dengan persembahan multimedia SEJARAH PENCAPAIAN CEMERLANG UPKKKB 19 tahun. Majlis bermula jam 3 petang diiringi hujan lebat dan petir menjadi tempat mesyuarat di Tingkat 1 Stadium KKB sejuk dan berair yang sedikit sebanyak menggangu perjalannan mesyuarat. Kelewatan memulakan mesyuarat membawa kepada tamat mesyuarat pada jam 5.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua AJK UPK KKB sesi 2008-2010.

No comments: