Ahli Jawatankuasa UPKKKB telah mengadakan mesyuarat JK kali pertama pada hari Jumaat 9 Mei 2008 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Tapak Pasar Peladang. Ketua Unit telah menyampaikan maklumat terkini berkaitan UPKKKB antaranya :
i. melantik Tn Hj Idris bin Arnain sebagai Ketua Peladang Muda dibantu En Sabari bin Roslan dengan harapan akan mengujudkan satu projek baru atas nama UPKKKB.
ii. UPKKKB telah dicalonkan ke Pertandingan Unit Peladang Jaya peringkat Negeri Selangor.
iii. Biro Nita akan menjalankan projek membuat Kuah Rojak dengan bantuan khidmat nasihat PPKHS dan akan dipasarkan di Tapak Pasar Peladang.
Seperti tahun-tahun lepas, UPKKKB membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga di bulan puasa. Borang permohonan akan dibuka pada 1-31 Julai 2008 dan diproses untuk dihantar kepada MDHS dari 1-8 Ogos 2008. Taklimat kepada peniaga yang berjaya akan diadakan pada 27 Ogos 2008.
No comments:
Post a Comment