Majlis Promosi Produk Usahawan Peladang PPK Hulu Selangor telah diadakan di Tapak Pasar Peladang UPK KKB pada Hari Sabtu 20 Disember 2008 bermula 9.30 pagi tadi. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Nadzli bin Che Long Pengarah LPP Negeri Selangor. Dalam ucapan aluan Ketua Unit KKB Tn Hj Soin Harun merakamkan penghargaan dan berbesar hati atas pemilihan lokasi promosi ini diadakan. Beliau turut menjemput peserta karnival pada hari ini untuk meneruskan penjualan produk mereka di tapak pasar peladang KKB. Pelbagai usahawan peladang dari daerah Hulu Selangor telah menyertai karnival ini antaranya termasuk usahawan cendawan, penternak itik dan pengusaha baja organik. Dalam ucapan Pengarah LPP Begeri Selangor, beliau menyarankan kepada UPKKKB agar seragamkan imej UPK KKB dengan memberi pakaian khas seperti apron dan topi kepada semua penyewa tapak pasar peladang. Tn Hj Nadzli amat berpuas hati dengan kelolaan dan penyertaan karnival pada pagi ini.
No comments:
Post a Comment