Unit Peladang Kecil Kuala Kubu Bharu (UPKKKB)berada di Hulu Selangor, Selangor. Kini berusia 24 tahun (1988-2012) UPKKKB telah diakui satu-satunya UPK yang unik kerana pencapaian yang cemerlang di bawah pimpinan Ketua Unit yang proaktif demi kejayaan Unit Peladang Kecil ini. Untuk mengetahui lebih lanjut kejayaan UPKKKB sila layari weblog ini seterusnya.
Friday, March 20, 2009
Majlis Perjumpaan
Majlis perjumpaan bahagian pentadbiran pasar dengan peniaga pasar peladang telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 15 Februari 2009. Ketua Unit Tn Hj Soin bin Haron telah menyampaikan beberapa amanat dan menyatakan harapan UPK KKB agar peniaga dapat mematuhi persetujuan yang ditetapkan untuk menjaga kebersihan pasar peladang selepas waktu meniaga. Untuk menyahut seruan Pengarah LPP Negeri Selangor, pihak UPK KKB akan menyediakan T-shirt untuk peniaga pakai pada hari Ahad. Dengan cara ini akan menampakkan keseragaman dan seia sekata peniaga demi kebaikan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment