Mesyuarat Agung UPK Kuala Kubu Bharu telah berlangsung dalam keadaan tenang dan aman. Mesyuarat telah dirasmikan dan dipengerusikan oleh Tn Hj Ismail bin Mohamad Ahli Jemaah Pengarah PPK HS serta turut dihadiri Tn Hj Mokhtar Buyong dan Tn Hj Zulfadzli bin Mokhtar. AJP turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Unit atas pimpinan beliau yang cemerlang dengan pelbagai projek yang diusahakan selama ini. Paling menarik perhatian AJP ialah UPK KKB satu-satunya UPK dalam daerah Hulu Selangor yang mampu menyediakan Buku Laporan yang paling kemas dan cantik serta persembahan multimedia bagi menunjukkan perkembangan UPKKKB yang konsisten dibuktikan dengan penyata kewangan yang amat memerangsangkan.
.
Ahli-ahli yang telah dinasihat oleh Ketua Unit serta AJP untuk menambah saham di PPK agar dapat menikmati dividen 10% setahun yang telah diistiharkan sejak 2007. Mulai tahun 2009 ahli tidak perlu membayar yuran tahunan. Ahli baru akan dikenakan bayaran sekali RM2.00 (pendaftaran) dan saham minima RM10.00 dan sudah layak untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan.Pada mesyuarat kali ini ahli-ahli telah mendapat elaun RM30.00 dari PPKHS dan RM30 dari UPKKKB.


No comments:
Post a Comment