Ketua Unit meninjau peniaga-peniaga di Tapak Pasar Peladang KKB.
Unit Peladang Kecil Kuala Kubu Bharu (UPKKKB)berada di Hulu Selangor, Selangor. Kini berusia 24 tahun (1988-2012) UPKKKB telah diakui satu-satunya UPK yang unik kerana pencapaian yang cemerlang di bawah pimpinan Ketua Unit yang proaktif demi kejayaan Unit Peladang Kecil ini. Untuk mengetahui lebih lanjut kejayaan UPKKKB sila layari weblog ini seterusnya.
Friday, July 17, 2009
T-shirt UPKKKB
Bermula 7 Jun 2009, semua peniaga di tapak pasar peladang upkkkb telah memakai T-shirt berwarna merah berlambangkan PPKHS. Pemakaian T-shirt seragam ini bagi menyahut seruan Pengarah PPK Negeri Selangor tempoh hari. Atas usaha Ketua Unit dan JK yang membuat keputusan untuk memberi subsidi kepada semua peniaga yang telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan baik ini. Dengan cara ini jelas kelihatan penyatuan dan satu hari para peniaga di tapak pasar peladang KKB yang penuh bersejarah ini. Ketua Unit bersama ahli jawatankuasanya telah turun padang pada pagi itu untuk menyaksikan sendiri reaksi para perniaga dengan peraturan baru ini. Semua peniaga diminta memakai T-shirt seragam ini pada setiap hari Ahad. Kepada peniaga yang engkar bekerjasama, tindakan sedang menyusul.





BARISAN AHLI JAWATANKUASA UPKKKB berpakaian seragam khas.
Ketua Unit meninjau peniaga-peniaga di Tapak Pasar Peladang KKB.
Ketua Unit meninjau peniaga-peniaga di Tapak Pasar Peladang KKB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment