Sunday, August 16, 2009

PELADANG NITA

Kini peladang nita UPK KKB telah mendapat nafas baru untuk mengerakkan unit ini siiring dengan catatan kejayaan Unit Peladang Kecil Kuala Kubu Bharu.
Pada 1&2 Ogos 2009, pihak Biro Peladang Nita Unit KKB telah bersama-sama mengadakan promosi produk hasil keluaran biro ini di kawasan Batang Kali. Program ini adalah bertujuan menyahut serua kerajaan dalam meningkatkan ekonomi ahli-ahli Peladang Nita.
Program ini merupakan program anjuran bersama Biro Peladang Nita Daerah Hulu Selangor.dan telah berjaya mempromosikan barangan produk keluaran ahli-ahli biro setiap unit dalam Daerah Hulu Selangor sambil mengadakan jualan produk-produk yang dipamerkan.
Objektif program untuk menjana pendapatan stambahan suri rumahtangga tercapai apabila hasil jualan selama 2 hari mencecah RM1 081.00.
Rakaman ucpaan terima kasih ditujukan kepada Ketua Biro Peladang Nita Hulu Selangor - Pn Ramlah bt Hussin, kakitangan PPKHS dan Ahli Jemaah Pengarah LPK HS - yang telah memberi peluang dan sokongan untuk menjayakan program ini.
(Penulis blog memohon kerjasama sesiapa yang ada gambar semasa program ini berlangsung, sudi apalah kiranya mengirimkan sekeping dua ke email gpbbea5061@gmail.com)

No comments: