Hari Ahad 16 Ogos 2009 membuka ruang sekali lagi kepada peniaga-peniaga kecil dalam Daerah Hulu Selangor untuk menambah pendapatan dengan berniaga di tapak pasar peladang sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak. Seramai 46 orang telah memohon untuk berniaga yang akan menjual pelbagai juadah berbuka puasa dengan harga yang tidak membebankan pelanggan. Satu sesi taklimat telah diadakan pada hari ini untuk memastikan urusan pembahagian tapak dan peraturan semasa berniaga berjalan lancar yang telah disampaikan sendiri oleh Ketua Unit UPKKKB Tn Hj Soin bin Hj Haron. Semua peniaga dinasihat menjaga kebersihan bahan niagaan masing-masing selain daripada menjaga kebersihan kawasan perniagaan. Sebarang aduan oleh pelanggan boleh diajukan kepada petugas (berbaju oren UPKKKB) yang akan berada di tapak pasar peladang pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan. AJK UPKKKB mengucapkan Selamat Berniaga kepada semua peniaga yang permohonan mereka telah diluluskan dan Marhaban Ya Ramadan Al-Mubarak serta SELAMAT BERPUASA kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat khas ahli-ahli UPKKKB dan seluruh umat Islam amnya.
No comments:
Post a Comment