Friday, January 27, 2012

Mesyuarat Akhir JK 2011

Jumaat, 27.1.2012 - Mesyuarat JK kali terakhir untuk sesi ini telah berakhir pada hari ini. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari Jumaat bertarikh 24 Februari 2011 bermula jam 3.00 petang bertempat di Dewan Merdeka, KKB. Ahli yang layak hadir ke mesyuarat ini akan menerima notis mesyuarat dan layak menerima elaun kehadiran sebanyak RM30 daripada PPK dan RM20 daripada UPKKKB. Mesyuarat Agung tahun ini juga akan diadakan pemilihan ahli jawatakuasa baru untuk sesi 2012-2014. Di kesempatan ini juga UPKKKB amat berbesar hati memaklumkan usaha yang dimulakan pada tahun 2007-2008 melalui projek penanaman getah telah boleh ditoreh. UPKKKB membuka tawaran kepada ahli untuk menyahut peluang ini sebelum dibuka kepada pihak luar. Seperkara lagi yang agak menarik ialah UPKKKB akan menganjurkan lawatan ke Padang-Bukit Tinggi, Indonesia pada 13.3.12-16.3.12. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pejabat UPKKKB di tapak pasar peladang KKB.

No comments: