Monday, April 9, 2012

Mesyuarat Bil 1/2012

Isnin,9.4.12 - Mesyuarat JK kali pertama selepas perlantikan semula dalam mesyuarat agung telah diadakan di Pejabat Pasar Peladang, KKB bermula 3.30 ptg. Dalam ucapan aluan Ketua Unit, Tn Hj Soin Haron mengucapkan tahniah atas perlantikan semula AJK lama, makanya amanah dan tanggungjawab perlu dipertingkatkan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP MDHS kerana telah memotong pokok di hadapan Pasar Peladang yang selama ni banyak menggangu pengurusan pasar peladang - daun kering menyebabkan bumbung khemah rosak, banir pokok turut menjejaskan longkang dan tebing pasar peladang. Dengan pemotongan pokok diharapkan masalah tidak akan berbangkit. Perkara-perkara lain yang dibincang termasuk -
i. halatuju UPKKKB - menambah aset - tanah kelapa sawit
ii. permohonan tapak jualan semasa Ramadhan
iii. isu berkaitan pemiaga tapak pasar peladang

No comments: