Sunday, May 20, 2012

MESYUARAT AGUNG PPKHS ke 34


Ahad, 20.05.12 - Seramai 12 daripada 14 perwakilan Unit KKB telah hadir untuk menjalankan tanggungjawab membuat pemilihan ALP tahun 2012-2014. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Dato Hj Zainal bin Dahlan, Pengerusi Lembada Pertubuhan Peladang. Seramai 65 orang calon UPSR, PMR, SPM,STAM, STPM dan lulusan IPTA telah menerima hadiah cemerlang akademik 2011 sumbangan PPKHS. Unit KKB sekali ini mengungguli hadiah Unit Peladang Aktif . Tahniah buat semua yang berjaya!!!

Monday, April 9, 2012

MESYUARAT AGUNG 2012

SABTU, 24.02.12



Mesyuarat Bil 1/2012

Isnin,9.4.12 - Mesyuarat JK kali pertama selepas perlantikan semula dalam mesyuarat agung telah diadakan di Pejabat Pasar Peladang, KKB bermula 3.30 ptg. Dalam ucapan aluan Ketua Unit, Tn Hj Soin Haron mengucapkan tahniah atas perlantikan semula AJK lama, makanya amanah dan tanggungjawab perlu dipertingkatkan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP MDHS kerana telah memotong pokok di hadapan Pasar Peladang yang selama ni banyak menggangu pengurusan pasar peladang - daun kering menyebabkan bumbung khemah rosak, banir pokok turut menjejaskan longkang dan tebing pasar peladang. Dengan pemotongan pokok diharapkan masalah tidak akan berbangkit. Perkara-perkara lain yang dibincang termasuk -
i. halatuju UPKKKB - menambah aset - tanah kelapa sawit
ii. permohonan tapak jualan semasa Ramadhan
iii. isu berkaitan pemiaga tapak pasar peladang

Friday, January 27, 2012

Mesyuarat Akhir JK 2011

Jumaat, 27.1.2012 - Mesyuarat JK kali terakhir untuk sesi ini telah berakhir pada hari ini. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari Jumaat bertarikh 24 Februari 2011 bermula jam 3.00 petang bertempat di Dewan Merdeka, KKB. Ahli yang layak hadir ke mesyuarat ini akan menerima notis mesyuarat dan layak menerima elaun kehadiran sebanyak RM30 daripada PPK dan RM20 daripada UPKKKB. Mesyuarat Agung tahun ini juga akan diadakan pemilihan ahli jawatakuasa baru untuk sesi 2012-2014. Di kesempatan ini juga UPKKKB amat berbesar hati memaklumkan usaha yang dimulakan pada tahun 2007-2008 melalui projek penanaman getah telah boleh ditoreh. UPKKKB membuka tawaran kepada ahli untuk menyahut peluang ini sebelum dibuka kepada pihak luar. Seperkara lagi yang agak menarik ialah UPKKKB akan menganjurkan lawatan ke Padang-Bukit Tinggi, Indonesia pada 13.3.12-16.3.12. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pejabat UPKKKB di tapak pasar peladang KKB.

Monday, July 4, 2011

MESYUARAT AGUNG PPK 2011

SABTU, 11 JUN 2011 - DI RUMAH REHAT, PADANG GOLF, KKB - terima lagi Anugerah Unit Terbaik




Monday, May 16, 2011

Mesyuarat JK 1/2011

Isnin, 16 Mei 2011 - Mesyuarat telah diadakan di bilik khas Tapak Pasar Peladang KKB bermula 3.30 petang hingga 4.30 ptg. Pengurusan UPK masih dilandasan yang betul. Mesyuarat Agung PPK Kawasan HUlu Selangor akan diadakan pada 11 JUn 2011 di Kelab Golf KKB. Perwakilan adalah terdiri daripda ahli-ahli yang sama seperti tahun 2010.

Friday, April 1, 2011

MESYUARAT AGUNG 2011

Sabtu,2.4.11 - Mesyuarat Agung UPK KKB akan berlangsung pada hari ini 2 April 2011 bertempat di Dewan Merdeka,KKB bermula pukul 3 petang.